PENGGUNA YANG SAYA CADANGKAN
1-Pelajar-pelajar kolej/universiti yang mengalami masalah coverage low di kampus.
2-Mereka yang tinggal berdekatan dengan zon free wifi (mamak stall,kfc,mcd dan dll)
3-Mereka yang tidak tahan dengan perkhidmatan broadband yang slow .
4-Mereka yang tidak mahu lagi terikat dengan mana-mana lagi dengan contract bayaran line internet yang membebankan.
PERTAMA, saya ingin berkongsi dengan anda apa kelebihan angka pada dBi Booster. Angka dBi itu adalah menentukan jarak Booster tersebut untuk detect Wifi yang ada di sekiling kita.Sebenarnya 5dbi pun dah cukup kuat detect. Sejauh mana jarak Booster itu detect, bergantung kepada keadaan kawasan tempat dimana kita tinggal. Sekiranya terlalu banyak halangan seperti dinding, bangunan atau sebagainya maka jarak Booster tersebut akan menjadi lebih terhad. Jika tidak banyak halangan ia boleh mencapai sehingga 1000 meter.Antenna outdoor yang perlu diguna jika kita nak detect wifi jarak jauh,jika setakat guna antenna indoor ni setakat 100-200 meter jer la..antenna 5dbi-13dbi adalah normal untuk indoor,kalau lebih dbi tu buat sedap tengok jer dan mengarut...cuma made in china boleh pakai la dan ekonomi harganya..
KEDUA, kelajuan signal bergantung kepada GB Wifi yang kita connect. Semakin tinggi GB yang para pelangan Wifi yang kita langgan, makin stabil dan lajulah internet kita akan layari. Sebagai Contoh: KFC melanggan Wifi 1GB, 1GB itulah speed@kelajuan Wifi tersebut, jika terlalu ramai yang connect Wifi KFC tersebut maka speed Wifi tersebut akan menjadi berkurangan. Anda selalu mengalami masalah tersebut, iaitu connection atau Signal banyak tetapi ketika kita melayari internet ia menjadi perlahan. GB itulah punca kelajuan atau jaringan wifi.
GUNALAH BOOSTER /ADAPTER YANG MENGGUNAKAN ANTENNA JENIS BENTUK STICK(BATANG)KERANA ANTENNA JENIS PETAK DAN JENIS PIRING NI MEMANG SELALU BERMASALAH..NASIHAT SAYA JER..
KETIGA: Kestabilan dan keutuhan Signal Wifi. Kestabilan dan keutuhan signal bergantung pada jaringan Wifi yang kita connect. Contoh: Connection Wifi kita hanya 1 atau 2 bar, sudah tentu jaringan Wifi kita tidak stabil dan tidak laju. Signal akan menjadi sekejap connected sekejap putus, ia juga akan membuatkan jaringan wireless perlahan ketika kita melayari internet. Jika signal atau bar Wifi kita penuh atau banyak, sudah pasti signal tidak akan putus dan kelajuan internet yang kita layari tidak akan tersekat.
chipset RealTek 8187L atau chipset Ralink 3070 tiada kena mengena dengan 3 perkara di atas. Ia adalah sekadar driver Booster tersebut atau Software.